December 4th, 2015

Sudah pun mula berhijab selepas mengerjakan umrah pada tahun 2011, penampilan Normah Damanhuri tanpa tudung di kepalanya di dalam drama Tuan Anas Mikael baru-baru ini ternyata mengelirukan orang ramai. Enggan kekeliruan itu membelenggu para peminatnya, Normah Damanhuri yang berusia 61 tahun memaklumkan yang dia dia hanya berlakon tanpa hijab sekiranya diminta berbuat demikian oleh pengarah mengikut kesesuaian watak. Kiranya kalau pengarah suruh buka tudung, Normah Damanhuri pun akan bukalah.

normah damanhuri

Imej tanpa tudung itu bukanlah paksaan daripada mana-mana pihak, sebaliknya adalah atas kerelaan dirinya sendiri. Kata Normah Damanhuri:-

Sebenarnya saya sudah mula bertudung selepas pulang dari umrah pada tahun 2011. Tetapi saya mencari rezeki dan kalau diperlukan tidak bertudung, saya tidak boleh tolak.

Mungkin ada yang kurang senang dengan kenyataan ini. Tetapi saya akan cuba memperbaiki diri menjadi seorang Muslimah yang lebih baik

normah damanhuri

Susah nak cakap bab ini kerana rasanya Normah Damanhuri adalah seorang dewasa yang sudah tahu baik dan buruk. Sewajarnya pihak penerbitan juga memahami yang Normah sudah bertudung dan tidak menawarkan watak yang terpaksa membuka tudung. Normah juga seharusnya lebih cekal dan tabah untuk memaklumkan imej barunya kepada penerbit. Rasanya kalau terang betul-betul, masing-masing boleh berkompromi. Tak gitu? Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...