Saya Buka Tudung Kerana Belum Bersedia – Diana Johor

Hiburan

Saya Buka Tudung Kerana Belum Bersedia – Diana Johor

Aktres Diana Johor sebelum ini telah bertekad untuk mengenakan hijab, namun sejak kebelakangan ini beliau dikecam oleh peminat kerana tampil tidak bertudung. Ramai yang mengkritik bahawa Diana seakan mempersendakan agama dengan tindakannya itu.

Malah, ahli keluarganya juga terkejut  apabila Diana mengambil keputusan untuk membuka tudung. Walaubagaimanapun, beliau mempunyai pendirian dan alasan tersendiri atas tindak tanduknya itu.

Advertisement

Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini.

Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan.

Sedar beliau akan dikritik hebat dan menjadi bualan ramai selepas kembali tidak bertudung, Diana sudah mempersiapkan diri beliau untuk menghadapi segala implikasi tersebut.

Pada kami jika belum benar-benar bersedia untuk bertudung sebelum ini janganlah mencanang atau mengumumkan perkara tersebut kepada masyarakat. Kita tidak boleh paksa diri untuk berubah kerana trend mahupun puaskan hati orang lain.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...