“Saya Bujang Terlajak, Bukan Duda..” – Mahadi Nafi Jadikan Heliza Helmi Isteri Kedua

Hiburan

“Saya Bujang Terlajak, Bukan Duda..” – Mahadi Nafi Jadikan Heliza Helmi Isteri Kedua

Masih diperkatakan sehingga kini, perkahwinan penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan Nur Heliza Helmi bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman nampaknya menjadi perhatian peminat berikutan majlis yang diadakan secara tiba-tiba itu.

Terbaru, wujud pula dakwaan suami Heliza yang juga ahli perniagaan itu sebenarnya pernah bernikah dan bergelar duda sebelum melamar Heliza Helmi sebagai isteri.

Advertisement

Persoalan itu dimuat naik pengguna media sosial menerusi komen-komen yang ditinggalkan di foto dan juga video pernikahan pasangan merpati dua sejoli itu di Instagram.

Namun begitu, Mahadi tampil menjelaskan perkara sebenar mengenai statusnya ketika dia dan Heliza dijemput sebagai tetamu dalam sebuah program wawancara televisyen, baru-baru ini.

“Ingin saya jelaskan, sebelum kahwin saya seorang teruna dan bujang. Boleh dikatakan bujang terlajak, umur 38 baru dapat bidadari syurga diizinkan Allah untuk dijadikan pasangan suami isteri..” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Mahadi turut berharap peminat dan juga orang ramai di luar sana sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka agar ikatan cinta yang dibina mereka kekal sehingga ke syurga.

Heliza Helmi dan suami
3 years ago

Penuh Barakah, Ramai Netizen Idam Majlis Perkahwinan Seperti Heliza Helmi Dan Suami

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...