Semalam, pempengaruh media sosial Syedot ASMR tampil memberi penjelasan mengenai kenyataannya berkaitan seorang lagi ‘influencer’ TikTok, Liana Beep Beep yang didakwa netizen memutar belit cerita.
Pada awal video itu, Syedot memohon maaf dan mengaku salah di atas pendedahannya mengenai seorang wanita yang cuba didekatinya sebelum ini dipercayai Liana.
Dia kemudian menjelaskan bahawa wawancara itu berkisar mengenai hebatnya solat istikharah di mana lelaki itu mendakwa dia telah bermimpi Liana menipu setelah melakukan solat sunat meminta petunjuk itu.
Inilah bermula sambungan kisah di podcast. Jadi saya buat solat istikharah dan mimpi dia (Liana) menipu sesuatu.
Hari makin hari, saya bertanya balik pada diri sendiri ‘dia ada tipu ke masa pertama kali jumpa tu?’. Yelah, dia tanya soalan tentang kerjaya saya dan dia cuba nak ‘impress’ lebih dari saya ke dengan campur adukkan betul dan tak betul pada waktu itu.
Syedot juga mendakwa dia mula berasa curiga dengan Liana dan mencuba untuk mendapatkan jawapan sebenar setelah dia mengatakan wanita itu seolah memberi harapan buat dirinya.
Pempengaruh itu kemudian mengulas mengenai kenyataan berkaitan Liana yang menetap di luar negara, ada perniagaan sendiri, kereta milik peribadi yang baginya hanyalah satu persoalan semata-mata.
Mengenai kereta di dalam konten adalah keluarga punya, katanya saya fitnah. Saya kurang faham dia kata ‘spin’, kamu yang beritahu saya kereta dalam konten itu milik keluarga kamu, dan kalau awak guna kereta untuk penggambaran, cakap sajalah kereta itu ada yang keluarga punya dan ada yang sewa. Ke malu nak beritahu dekat saya kalau sewa?
Menipu pasal ambil master tu saya tak kata dia tipu ya. Saya kata ‘mungkin betul lah, aku tak pasti’. Memang saya tak pasti pun.
Isu ‘bodyguard’ pula, mentang-mentang perbualan kita berdua tanpa bertulis hanya bercakap dan anda menang lagi di sini kerana ambil bukti dari chat sahaja.
Kamu beritahu saya ‘bodyguard’ ambil dan ‘spin’ lagi kata duduk luar negara baru balik Malaysia dan lupa nak letak ayat ‘Grab’. Tapi saya sedikit pelik dekat sini kata baru balik Malaysia duduk lama di sana hampir 15 tahun katanya sampai tidak boleh nak sebut ‘Grab driver’.
Terdahulu, nama kedua-dua pempengaruh ini mula meniti di bibir netizen setelah Syedot mendedahkan dia pernah menyimpan perasaan terhadap seorang ‘influencer’ dipercayai Liana.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.