“Saya Buat Silap Banyak, Saya Nak Selamatkan Rumah Tangga Demi Anak-Anak” – Aliff Aziz

Trending

“Saya Buat Silap Banyak, Saya Nak Selamatkan Rumah Tangga Demi Anak-Anak” – Aliff Aziz

Susulan keengganan penyanyi dan pelakon Aliff Aziz menceraikan isterinya, Bella Astillah hari ini, keputusan itu ternyata telah mengejutkan ramai pihak.

Ditemui media setelah sebutan kes perceraiannya hari ini, Aliff berkata dia akan mencuba sedaya upaya menggunakan peluang yang ada bagi menyelamatkan rumah tangganya bersama Bella demi anak-anak.

Advertisement

Buat masa sekarang saya akan menggunakan segala peluang yan ada untuk Aliff selamatkan rumah tangga Aliff, demi anak-anak. Saya rindu anak-anak.

Saya buat silap, banyak silap tapi di hujung hari ini bukan keputusan yang terburu-buru. Dalam hal rumah tangga tak perlu ada pengaruh luar.

Dia dalam pada itu memohon ruang daripada orang ramai agar prosedur mahkamah berjalan lancar.

@beautifulnara

Aliff Aziz masih sayangkan Bella… #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #aliffaziz #bellaastillah

? In the presence of Angels – Braam Official

Hari ini, pasangan itu hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kedua kes perceraian yang difailkan Bella Astillah terhadap Aliff Aziz.

Keputusan itu dilakukan setelah Aliff didakwa berlaku curang dengan beberapa wanita selain kes penangkapan khalwat di antara pelakon itu dengan aktres Ruhainies tempoh hari.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bella astillah
4 weeks ago

TERKINI: Aliff Aziz Tidak Setuju Ceraikan Bella Astillah - "Saya Masih Sayangkan Bella"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...