“Saya Buat Semua Ini Sebab Sayang..” – Lantang Beri Komen, Hetty Koes Endang Mohon Maaf

Hiburan

“Saya Buat Semua Ini Sebab Sayang..” – Lantang Beri Komen, Hetty Koes Endang Mohon Maaf

Penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang memohon maaf seandai ada pihak atau peserta yang tersinggung dengan komennya yang terlalu berbisa.

Hetty atau lebih mesra disapa sebagai Bunda berkata, dia perlu berbuat demikian kerana tanggungjawab yang dibawanya bukan mudah dan ia dilakukan kerana rasa sayang yang mendalam pada program tersebut dan cinta pada negara ini.

Advertisement

Menurutnya, dia sedar dirinya bukanlah seorang guru dalam bidang muzik namun fokusnya adalah dalam memberikan perkongsian pengalamannya dalam bidang seni setelah 50 tahun melibatkan diri dalam bidang industri.

Maaf kalau ada yang tersinggung selama saya mengendalikan tugas sebagai juri di program GV. Saya buat semua ini semua demi Astro, GV, dan juga Malaysia.

Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu Berdiri Bulu Romaku itu, dia seorang yang teliti dan mungkin dari situ lagi ramai yang tidak senang dengan komen-komen yang diberikan.

Kalau bukan kerana sayang, saya tak akan tinggalkan anak dan cucu tercinta saya, Arlo Astrodistira Arsanda di Indonesia.

Sebagai peserta, mereka harus dengar apakah keinginan juri, bukan keinginan netizen kerana yang menilai adalah juri.

Dalam pada itu, Hetty berkata dia tidak berniat untuk menghentam atau merendahkan kebolehan peserta, malah dia yakin dalam bidang seni suara, identiti adalah keutamaan dan kunci kepada kejayaan seseorang artis selain bakat.

Hattan tak suka cara ibu Hetty komen
2 years ago

"Jangan Jatuhkan Maruah Peserta, Boleh Je Tegur Belakang Pentas" - Hattan Tak Suka Cara Ibu Hetty

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...