Terdahulu, penyanyi, Marsha Milan Londoh enggan memberi sebarang ulasan yang lebih lanjut berhubung isu kontroversi membabitkan konsert A Night With Sumandak Stars yang dijadualkan bakal berlangsung pada 30 November depan.
Memetik dari OhBulan!, Marsha tampil memberitahu bahawa dia bakal menyertai konsert tersebut.
Menurut penyanyi itu, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen sebelum ini kerana belum berjumpa dan berbincang dengan pihak penganjur.
Pada ketika itu, saya tidak dapat apa-apa informasi daripada pihak penganjur. Alhamdulillah beberapa hari lepas baru saya jumpa pihak penganjur dan baru dapat gambaran mengenai konsert itu. Jadi saya nak bagitahu yang saya akan turut serta.
Penyanyi itu turut berkata dia seorang yang sangat menitikberatkan segala hal sebelum bersetuju untuk melakukan sesuatu perkara.
Saya jenis yang particular dan ambil tahu setiap details event. Baru saya confident nak buat persembahan. Sebagai seorang yang mewakili Sabah dalam industri muzik, saya tidak kisah berkongsi platform dengan orang kampung saya. Semua dalam tu mencari rezeki.
Saya dah jumpa mereka dan saya tahu tugasan saya. Saya buat ni sebab semangat kenegerian.
Penyanyi tersebut turut menjelaskan hubungan dia dan pihak penganjur dalam keadaan baik.