“Saya Buat ni Kerana Allah..” – Yusuf Bahrin Sertai Kuliah Dhuha Ustaz Wadi Annuar

Hiburan

“Saya Buat ni Kerana Allah..” – Yusuf Bahrin Sertai Kuliah Dhuha Ustaz Wadi Annuar

Pelakon Yusuf Bahrin mula menunjukkan minat ke arah keagamaan apabila sering berkongsi perkara perkara yang positif di media sosial.

Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin sempat meluangkan masa hujung minggunya untuk mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Advertisement

Yusuf, 29, berkata ini kali pertama dia menyertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya. Dia telah dijemput oleh penceramah kuliah tersebut iaitu ustaz Wadi Annuar.

Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ni sebenarnya mengingatkan mati dan akhirat yang kekal.

Menurut pelakon drama Sweet Dreams itu, sebelum ini dia leka dengan dunia sehingga lupa tentang akhirat sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana.

Tanggungjawab sebagai suami membuatkan saya lebih sedar tentang peranan seorang pemimpin dalam rumahtangga.

Tambahnya lagi, dia cuba perbaiki diri dan dalam masa sama cuba membimbing isterinya, Zizi Kirana ke jalan yang diredhai Allah.

Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut.

Advertisement

Yusuf menjelaskan bahawa dia bukan mahu berdakwah seperti seorang ustaz tetapi hanya sekadar mahu mendekatkan diri dengan agama.

Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin
4 minggu lalu

"Saya Akan Sokong Zizi 100% Terus Istiqamah, Akan Sentiasa Di Sisinya Hadapi Ujian" - Yusuf Bahrin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. ?

    November 23, 2021 at 8:28 am

    bguslh p prlu kot nak kasihtau sluruh dunia? motif? psl SENDU!!

  2. I

    November 23, 2021 at 8:08 am

    Alhamdulillah. Suami yang baik akan pimpin isteri ke jalan yang diredai Allah.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...