Pelakon Yusuf Bahrin mula menunjukkan minat ke arah keagamaan apabila sering berkongsi perkara perkara yang positif di media sosial.
Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin sempat meluangkan masa hujung minggunya untuk mengikuti kuliah Dhuha di Putrajaya pada Sabtu lalu.
Yusuf, 29, berkata ini kali pertama dia menyertai kuliah Dhuha anjuran Perbadanan Putrajaya. Dia telah dijemput oleh penceramah kuliah tersebut iaitu ustaz Wadi Annuar.
Dah lama nak pergi tapi tak ada kesempatan. Saya buat ini kerana Allah sebab buatkan saya sedar kehidupan ni sebenarnya mengingatkan mati dan akhirat yang kekal.
Menurut pelakon drama Sweet Dreams itu, sebelum ini dia leka dengan dunia sehingga lupa tentang akhirat sedangkan kita perlukan bekalan dan persediaan untuk ke sana.
Tanggungjawab sebagai suami membuatkan saya lebih sedar tentang peranan seorang pemimpin dalam rumahtangga.
Tambahnya lagi, dia cuba perbaiki diri dan dalam masa sama cuba membimbing isterinya, Zizi Kirana ke jalan yang diredhai Allah.
Apabila dah jadi suami, diri sendiri kena betul kerana tak mahu pengikut jadi songsang. Suami adalah cerminan isteri dan isteri akan sedar, dia pun akan ikut.
Yusuf menjelaskan bahawa dia bukan mahu berdakwah seperti seorang ustaz tetapi hanya sekadar mahu mendekatkan diri dengan agama.