11:06:06 PMSusulan isu kontroversi yang melibatkan bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander dan DJ Lin, pihak pengurusan stesen radio berkenaan telah tampil memberi penjelasan berhubung hal tersebut di sidang media pada petang Jumaat.
Jumlah pendengar menurun
Menurut Pengerusi Kumpulan Star Media Radio, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, segmen kendalian Tyzo iaitu Suria Petang tidak mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi dan sebaliknya menurun.
Dia juga menjelaskan bahawa Tyzo telah menolak kontrak setahun yang ditawarkan dan hanya ingin menyambungnya selama enam bulan sahaja.
Selepas ambil kira semuas aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan di Suria.
Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada tahun lalu tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen yang lain lagi tinggi.
View this post on Instagram
Masih bayar gaji
Tambah Aminuddin lagi, kontrak Tyzo yang tamat Oktober lalu telah disambung bagi tempoh enam bulan sehingga Mac 2024. Namun begitu, pihaknya meminta Tyzo untuk tamat bersiaran lebih awal memandangkan ia lebih sesuai dengan perancangan program tahun ini.
Pihak kami masih membayar gaji Tyzo sehingga Mac nanti. Penyampai baharu dimasukkan awal sempena dengan program survey yang akan berlangsung Februari.
Terdahulu, media sosial telah digemparkan dengan berita bahawa Tyzo akan meninggalkan Suria FM selepas penamatan kontraknya secara mengejut.