“Saya Boleh Terima..” – Isu Rupa Lagi Penting Dari Bakat, Nasha Aziz Setuju Dengan A.Aida

Hiburan

“Saya Boleh Terima..” – Isu Rupa Lagi Penting Dari Bakat, Nasha Aziz Setuju Dengan A.Aida

Terdahulu, penerbit terkenal iaitu Datuk A. Aida telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia lebih memilih rupa berbanding bakat dalam pengambilan pelakon yang akan membintangi drama atau filem terbitannya.

Susulan itu, kenyataan tersebut telah mengundang pelbagai reaksi bukan sahaja daripada orang ramai, malah dalam kalangan artis termasuk pelakon Azhan Rani dan Amerul Affendi yang lantang bersuara menyelar kenyataan terbabit.

Advertisement

Berbeza pula dengan pelakon jelita, Nasha Aziz yang mengakui setuju dengan kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Finas itu.

Saya boleh terima juga dengan kenyataan tersebut, tetapi ia bergantung kepada penerbit.

Menurut Nasha, isu itu bagaimanapun bergantung kepada penerbit sama ada bersedia untuk menyediakan ruang untuk mendidik pelakon atau sebaliknya.

Kalau penerbit tu rasa dia boleh sediakan ruang untuk sesi mengajar kepada barisan pelakon, itu sangat bagus.

Tetapi sanggup ke mereka bayar untuk berlakon tapi dalam masa sama nak ‘sekolahkan’ pelakon tu juga?

Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu mempersoalkan persediaan pihak penerbit dalam menyediakan ruang mendidik untuk para pelakon yang masih perlu mengasah bakat mereka.

Atau mungkin, pelakon tu tak perlu dibayar sebab dah ‘disekolahkan’, sebab dari situ mereka dah dapat ilmu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Ni Mentaliti FINAS Sokong?!" - Mengaku Pentingkan Rupa Daripada Bakat, Ramai Pelakon Perli 'Statement' A.Aida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...