Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Boleh Mati Bila-Bila Masa Saja..”- Bob Lokman

Pelakon, pelawak dan penulis lirik lagu terkenal, Bob Lokman memaklumkan bahawa dirinya kini sedang bergelut dengan penyakit jantung yang dialami sejak tahun 1988.

Menurut Bob, doktor memaklumkan bahawa dalam tempoh sebulan ini, tidak mustahil jika dia meninggal dunia secara mengejut.

Advertisement

Pemilik nama sebenar Mohd Hakim Lokman,56, ini turut mengambil kesempatan ketika ditemui media dengan memohon maaf kepada semua pihak sekiranya ada kata-kata atau perbuatannya pada ketika dahulu dan kini mengguris hati.

Dia yang baru sahaja keluar daripada hospital setelah ditahan selama 2 hari akibat masalah jantung. Menceritakan keadaan ketika dibawa ke hospital, Bob mengatakan jantungnya berdegup kencang ketika mengambil wuduk dan kemudiannya pitam. Dadanya kemudian sakit sehingga ke belakang badan sebelum memanggil sepupunya untuk membawa dia ke hospital berdekatan.

View this post on Instagram

A post shared by Bob Lokman (@bob_lokman)

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah. Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca tv”

Advertisement

Difahamkan dia kini memerlukan sejumlah dana bagi membantu kos perubatan yang hampir mencecah RM700 sebulan. Bob juga memerlukan dana sehingga RM60,000 bagi kos pemasangan alat IACD di badannya.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybak bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob Lokman) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

Sumber : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama