“Saya Boleh Kerja Bila-Bila Masa Saya Nak..” – Ada Yang Pertikai Keputusan Berehat Dari Berlakon, Intan Najuwa Bidas Para Lelaki ‘Bitter’

Hiburan

“Saya Boleh Kerja Bila-Bila Masa Saya Nak..” – Ada Yang Pertikai Keputusan Berehat Dari Berlakon, Intan Najuwa Bidas Para Lelaki ‘Bitter’

Aktres Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kesal dengan respon sesetengah pihak tentang keputusannya untuk berehat dari berlakon bagi mengalihkan tumpuan pada suaminya, ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman.

Boleh kerja bila-bila masa

Kata Intan, dia memberitahu orang ramai tidak perlu risau dengan tindakannya untuk berehat memandangkan dia mempunyai hasil pendapatan sendiri.

Advertisement

Di sini saya nak jelaskan, saya ada karier, aset, bisnes dan kewangan sendiri. Jadi, bila saya ambil keputusan untuk berehat sebentar dari berlakon dan duduk di rumah, saya rasa ianya bukan menjadi masalah korang.

Tambah aktres ini, niatnya ingin meluangkan masa dengan suaminya di sampaing ia juga merupakan permintaan dari pasangannya itu.

Jadi biarlah saya enjoy alam perkahwinan ini, dan itu juga adalah permintaan daripada suami. Seorang isteri yang baik kena dengar cakap suami, kan?

 

Saya juga boleh bekerja bila-bila masa yang saya nak. Tenang lah korang, ini baru tahun pertama saya berkahwin, biarlah saya luangkan masa dengan suami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Ada duit sendiri

Bukan itu sahaja, pelakon drama Jesnita itu turut membidas netizen terutamanya lelaki yang menganggap para wanita hanya bergantung pada duit suami.

Jangan risau, kami wanita tak perlu duit lelaki. Kami ada karier dan duit sendiri. Kami tahu macam mana nak ada kewangan sendiri walaupun di rumah, kami masih boleh sediakan semuanya sendiri.

 

Tak payah berlagak macam kami ni kejar duit lelaki, kami tak berminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan Najuwa kuda
5 months ago

Gara-Gara Kuda, Hubungan Intan Najuwa Dan Suami Bertambah Erat - "Sebelum Kahwin Macam Robot"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...