Saya Boleh Jatuh Cinta Dengan Ezzaty Abdullah Satu Hari Nanti – Azwan Kombos

Hiburan

Saya Boleh Jatuh Cinta Dengan Ezzaty Abdullah Satu Hari Nanti – Azwan Kombos

Azwan Kombos dan Ezzaty Abdullah kedua-duanya pernah mengalami episod duka dalam percintaan. Masing-masing pernah tewas dan kecewa apabila cinta yang diharap berakhir ke jinjang pelamin gagal di tengah jalan. Namun bak kata omputeh, broken heart can be mend. Kedua-duanya kini dilihat sering meluangkan masa bersama. Adakah wujud perasaan cinta dan sayang dalam hati dua insan ini?

azwan kombos dan ezzaty abdullah

Advertisement

Selaku seorang lelaki, Azwan Kombos telah membuat pengakuan yang sangat macho apabila ditanya tentang hubungannya dengan Ezzaty Abdullah. Mengakui mempunyai perasaan suka terhadap Ezzaty, Azwan mengakui boleh jatuh cinta dengan si cantik itu satu hari nanti. Amboi ayat manis betul. Kata Azwan:-

Macam apa yang saya pernah cakap sebelum ini, saya memang berkawan rapat dengan Ezzaty. Saya kenal dia sudah lebih daripada lima bulan. Dan saya rasa kalau untuk jatuh cinta dengannya suatu hari pun boleh.

Tapi saya tak mahu rosakkan persahabatan kami disebabkan cinta. Sebab apabila sudah bercinta dan jika bukan jodoh bersama, mungkin sukar untuk kami berkawan rapat semula seperti sekarang. Saya selesa dengan keadaan sekarang. Sebab saya bukannya kali pertama bercinta. Banyak belajar daripada pengalaman lepas.

Tipu kalau saya cakap saya tidak punya perasaan suka terhadap dia. Kalau saya tak suka, takkanlah saya sanggup menghabiskan masa saya bersama dia. Tapi, apa-apa pun nak buat sesuatu tak boleh terburu-buru.

Buat masa sekarang, saya lebih selesa untuk tidak berkongsi banyak kisah peribadi kepada tatapan umum. Tapi benda yang baik saya mesti akan kongsi. Sekarang pun lebih kepada memperbaiki diri daripada aspek kewangan, kehidupan dan agama.

Soal cinta bukan satu keutamaan tapi lebih kepada melengkapi. Cinta tetap akan datang. Kuncinya sabar.

azwan kombos dan ezzaty abdullah

Boleh tahan ayat Azwan Kombos ini. Sentimental juga. Pasti hati Ezzaty Abdullah berbunga-bunga. Hehehe. Semoga perasaan suka di dalam hati Azwan akan menular pula kepada Ezzaty. Orang cantik macam Ezzaty ini pasti ramai peminat. Kalau dah sayang betul-betul nanti, jangan lupa bagitau sebelum dirampas orang. Tak gitu? Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.


azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah

azwan kombos dan ezzaty abdullah
azwan kombos dan ezzaty abdullah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...