“Saya Boleh Dengar Suara Dalam Kepala Tapi Tak Tahu Siapa Bercakap” – Shasha Abedul Dedah Alami Gangguan Mental 3 Tahun Lalu

Hiburan

“Saya Boleh Dengar Suara Dalam Kepala Tapi Tak Tahu Siapa Bercakap” – Shasha Abedul Dedah Alami Gangguan Mental 3 Tahun Lalu

Pelakon, Shasha Abedul akui pernah mengalami gangguan mental, kemurungan dan serangan panik tiga tahun lalu.

Tiga tahun lalu, saya alami gangguan mental, depresi, keresahan dan serangan panik tetapi tidaklah sampai tahap nak cederakan diri sendiri.

shasha abedul

Setahun pertama, saya tak tahu macam mana nak kawal kemelut emosi. Sebagai solusi saya jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti dan macam mana nak tangani masalah.

Menurut HibGlam, Pelakon itu berkata dia pernah mengalami halusinasi selain mendengar bisikan di dalam kepalanya.

Saya pernah sampai satu tahap boleh dengar suara tak diketahui dalam kepala. Sangat teruk malah saya tak tahu siapa yang cakap tu.

Pelakon Project: High Council itu berkata kesihatannya semakin baik namun enggan bergantung dengan ubat yang disarankan memandangkan dia turut menjalani sesi terapi.

Jadi saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa.

Advertisement

Mengenai sikap sesetengah pihak yang skeptikal akan rawatan sokongan, pelakon itu mengatakan ia bergantung kepada setiap individu.

Namun dia berpendapat setiap masalah pasti akan ada jalan penyelesaiannya dan ia pasti dapat membantu diri sendiri.

abby abadi
2 months ago

“Semoga Ada Keajaiban” - Abby Abadi Akui Belum ‘Move On’ Dengan Penceraian Fazura Dan Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...