“Saya Betul-Betul Mengharap” – Shuk Sahar Mohon Diberi Peluang Berlakon Lagi, Kini Hanya Mampu Berniaga

Hiburan

“Saya Betul-Betul Mengharap” – Shuk Sahar Mohon Diberi Peluang Berlakon Lagi, Kini Hanya Mampu Berniaga

Pelawak dan usahawan, Shuk Sahar berharap agar dirinya diberi peluang kedua untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Ujar Shuk, dia sudah tidak terlibat dalam bidang lakon layar hampir 2 tahun dan memohon agar ada penerbit drama ataupun filem di luar sana yang sudi memberikan tawaran berlakon kepadanya.

Advertisement

Kalau ada peluang berlakon, memang saya nak. Saya betul-betul mengharap. Baru-baru ini ada tawaran, tetapi bertindih pula dengan acara di Singapura. Jadi terpaksa saya tolak.

Jelasnya lagi, dia kini sedang berhempas pulas menjalankan perniagaannya demi kelangsungan hidup.

Dia dalam pada itu turut meminta agar netizen dan peminat di luar sana tidak terus menghukum selain ‘memulau’ penglibatannya dalam industri seni hiburan tanah air.

Buat masa sekarang, saya hanya berniaga untuk kelangsungan hidup. Jadi, bagi penerbit yang masih ingat saya, saya ingin maklumkan, saya benar-benar mahu kembali berlakon.

Terdahulu, nama Shuk menjadi sebutan warga maya gara-gara kisah rumah tangganya bersama isteri, Rossa Serra punah akibat kehadiran orang ketiga.

Disebabkan konflik itu, Shuk juga terpaksa menjual rumah banglo miliknya yang bernilai RM1.2 juta demi meneruskan kehidupan selain status perkahwinannya yang sehingga kini menjadi tanda tanya.

Shuk sahar fara saleh
1 year ago

"Mula La Tu Gatal P*ki" - Rossa Sera Dilabel S*ndal, Individu Dakwa Shuk Dan Fara Duduk Serumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...