“Saya Betul-Betul Lalai” – Kak KM Mohon Maaf Isu Guna Beg Jenama Boikot, Janji Akan Lebih Berhati-Hati Lepas Ini

Kehidupan

“Saya Betul-Betul Lalai” – Kak KM Mohon Maaf Isu Guna Beg Jenama Boikot, Janji Akan Lebih Berhati-Hati Lepas Ini

Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, tampil menjelaskan isu hangat melibatkan beg tangan mewah miliknya yang didakwa daripada jenama dalam senarai boikot.

Ketika dihubungi media, Kak KM memohon maaf secara terbuka selepas gambar dirinya memakai beg berkenaan ketika menghadiri sebuah majlis tular dan menerima teguran ramai warganet.

Advertisement

Saya minta maaf, saya betul-betul lalai.
Saya tidak salahkan netizen atas teguran mereka kerana itu memang kesalahan saya.

Semasa saya sedang bersiap, orang keliling saya pun terlupa untuk mengingatkan saya tentang beg itu. Jadi saya pun terus ambil beg dan bergegas ke majlis tersebut.

Menurut Kak KM, beg tangan tersebut bukan pembelian baharu, sebaliknya sudah lama dimiliki sebelum gerakan boikot barangan berkaitan Israel giat dijalankan di Malaysia.

Sebenarnya beg itu sudah lama saya beli dan saya guna sejak bertahun-tahun lagi. Tetapi semenjak ada (gerakan) boikot, saya tidak pernah beli lagi dari jenama-jenama berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa selepas ini, dia akan lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu sebelum menggunakan atau membeli sebarang barangan berjenama.

Selepas ini saya akan lebih berhati-hati sebelum guna atau membeli barangan. Saya akan semak semula jenama-jenama yang diboikot sebelum menggunakannya

Dalam masa sama, anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu turut menyeru umat Islam agar terus mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin yang masih berdepan penderitaan akibat peperangan.

Terdahulu, Kak KM menjadi perhatian selepas hadir ke sebuah majlis keagamaan dan kemanusiaan dengan mengenakan beg tangan berjenama mewah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-09 13:12:53

"Dia Memang Tak Sensitif Ke?" - Individu Persoal 'Jenaka' Nabila Ahmad Berkaitan GSF Di Konti Radio

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...