Usahawan dan personaliti ternama, Datuk Rizalman Ibrahim telah melakar satu lagi sejarah manis buat dirinya apabila telah dilantik sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Menurut Astro Awani, pengasas Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) itu telah diberi kepercayaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan penuntut, tenaga pengajar dan pengurusan di pusat pengajian tinggi itu selama tiga tahun.
Rizalman berkata dia tidak menyangka akan diberikan peluang sebesar itu dan ia datang daripada pimpinan universiti perdana itu.
Dia turut berkata segala usaha dakwah yang digerakkan adalah sebagai persiapan untuk berhadapan fasa hidup yang akan datang.
Saya terlalu bersyukur kerana usaha saya selama ini menelaah dan mendalami ilmu-ilmu agama dan dikongsi dengan seluruh masyarakat dipandang secara positif oleh Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Rizalman menegaskan komitmen terbaharunya ini seiring dengan prinsipnya selama ini untuk sentiasa mengajak masyarakat untuk tidak berhenti menimba ilmu.
Sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, dia akan memikul jawatan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program khususnya yang berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan seiring dengan hasrat pusat pengajian itu.
@remaja.my Terdahulu, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkuat kuasa sejak 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025. Sebelum itu, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun. #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #remajanews #rizalman #universitimalaya ♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design
Untuk rekod, ini merupakan lantikan akademik kedua buat Rizalman selepas dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara pada Ogos 2023.