Saya Bersyukur Diberi Ujian Sebegini – Elia Jejari Runcing

Hiburan

Saya Bersyukur Diberi Ujian Sebegini – Elia Jejari Runcing

Rasanya ramai yang menanti penjelasan daripada tuan punya badan iaitu Elia atau lebih dikenali dengan nama Jejari Runcing di dunia blog tentang perpisahannya dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek. Hari ini Jejari Runcing telah mengupdate blognya dan menjawap beberapa persoalan mengenai pertunangannya, status blognya, dan macam-macam lagilah.

elia jejari runcing

Advertisement

Daripada apa yang Abang Nara baca, sesungguhnya Elia sangat tabah orangnya, sangat tenang semasa menulis update di blognya dan harus dihormati pendapatnya. Paling Abang Nara respek ialah ayat-ayatnya yang menunjukkan betapa dia pasrah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih sahaja mendapat dugaan sebegini daripadaNya.

Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.

Dan Elia ternyata tampak matang apabila tidak lagi mahu menuding jari kepada sesiapa tentang kegagalan pertunangannya. Abang Nara sangat-sangat RESPEK dan kagum dengan Elia yang mampu membuat keputusan sebegini. Bukan senang untuk kita memendam perasaan tetapi nampaknya Elia redha dengan takdir yang ditentukan kepadanya.

Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.

elia jejari runcing

Dan Elia meminta kepada mereka-mereka yang mengutuk, menghina dan mencaci kaum keluarganya supaya tidak lagi berbuat demikian. Kata Elia ada benarnya jugak. Kalau darah daging kita yang terkena benda sebegini, mungkin kita juga akan bertindak sama seperti yang dilakukan oleh kaum keluarga Elia. Harapan Abang Nara semoga keluarga Elia tabah menghadapi dugaan sebegini.

Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They’ve been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?

Untuk versi penuh luahan hati Elia, anda boleh membacanya sendiri di blog Jejari Runcing. Kepada Elia, Abang Nara doakan anda tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya setiap dugaan ada hikmahnya. Siapa benar atau siapa salah tak penting, apa yang penting ialah pengajaran yang diambil daripada peristiwa ini.. Sesungguhnya kalau Apek bukan untuk anda, maknanya ada yang lebih baik menanti anda di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...