“Saya Bersihkan Hati Daripada Semua Kebencian,” Haneesya Hanee Mula Hidup Baru, Mahu Maafkan Diri Sendiri

Hiburan

“Saya Bersihkan Hati Daripada Semua Kebencian,” Haneesya Hanee Mula Hidup Baru, Mahu Maafkan Diri Sendiri

Pernah diuji dengan pelbagai bentuk kontroversi pada tahun 2019 terutamanya, Haneesya Hanee kini membuat pernyataan mahu memulakan hidup dengan semangat yang baru.

Melalui entri Instagramnya yang terbaru, Haneesya berkata dia ingin memaafkan diri sendiri serta memaafkan mereka yang pernah menyakitinya sebelum ini.

Advertisement

Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, menulis di instagramnya bahawa dia kini tidak lagi berdendam dengan sesiapa.

“Saya maafkan orang yang pernah tularkan saya, hina dan mengutuk diri saya. Dan yang paling penting, saya maafkan diri saya sendiri,”

Menyelusuri segala kontroversi yang telah dilaluinya, Haneesya menambah dia sudah tidak lagi mempunyai rasa benci terhadap dirinya sendiri di atas apa yang terjadi.

“Saya tak lagi benci pada diri sendiri, saya nak mulakan episod baru dalam hidup saya,”

View this post on Instagram

Mommy I made it! HAHAHAHAHA well dream will come true one day?

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

View this post on Instagram

Who wants a tutorial ?

A post shared by Haneesya’s Empire (@haneesyahanee) on

 Antara isu yang pernah terpalit adalah video di mana dia sedang berlibur di sebuah kelab malam sehingga kejuaraan dalam program realiti tv Dewi Remaja sesi 2018/2019 telah ditarik balik.

Selain itu, kes laporan polis yang dilaporkan ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda kepada tiga akaun laman sosial yang didakwa menggunakan foto anaknya tanpa izin dengan tujuan mengaibkan serta menghina tempat tinggal mereka.

Di sebalik kisah hitam yang melanda dirinya, Haneesya telah diundi sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32(ABPBH32) pada September tahun lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...