Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau ada bersemuka dengan Jho Low dan bertanya tentang gaya hidup ahli perniagaan itu yang mewah dan bermegah-megah.
Najib yang sedang membela diri dalam tuduhan penyelewengan dana 1MDB berkata beliau turut persoal tindakan Jho Low membeli hartanah mewah dan lukisan yang tidak ternilai harganya.
Katanya, beliau sedar reputasi Jho Low yang menjadi buruan itu selepas tersebar cerita tentang perbelanjaan mewah namun akui tidak selesa apabila hal tersebut meraih perhatian media antarabangsa secara meluas.
Tambah Najib lagi, beliau sedar reputasi Jho Low yang menjadi buruan itu selepas tersebar cerita tentang perbelanjaan mewah namun suami Rosmah Mansor itu akui tidak selesa apabila hal tersebut meraih perhatian media antarabangsa secara meluas.
Bagaimanapun dia menjelaskan, dia melakukannya untuk Sheikh Mansour iaitu adik kepada Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, kerana saya tidak suka tabiatnya yang bermegah-megah.
Dia berulang kali cakap ia untuk Sheikh Mansour, sebab itu saya bersemuka dengannya. Dia kata tidak, tidak , saya buat pembelian ini untuk Sheikh Mansour. Sudah tentu perkara bukan sesuatu yang saya akan benarkan.
Sesi soal siasat dengan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam
Mustafa: Adakah Datuk Seri mengetahui gambar Jho Low bersama Paris Hilton (personaliti Amerika Syarikat)?
Najib: Saya tahu dia terbabit dalam beberapa acara publisiti, walaupun saya mungkin tidak biasa dengan artikel ini, tetapi saya sedar dia menerima publisiti yang tidak wajar.
Mustafa: Datuk Seri adalah pihak berkuasa tertinggi di Malaysia. Datuk Seri berada dalam kedudukan untuk mendedahkan kebenaran, tetapi memilih untuk tidak melakukannya.
Najib: Saya tidak bersetuju.
Mustafa: Pada masa itu, Datuk Seri menutup mata kerana tidak mahu mengetahui perkara yang nyata.
Najib: Tidak. Saya tidak bersetuju. Saya bersemuka dengannya kerana saya tidak selesa dengan keadaan itu.