Pempengaruh media sosial dan usahawan, Umisya Mazlan, mengakui dirinya kini sudah reda dan menerima sepenuhnya takdir kehidupan berpoligami yang dilaluinya bersama suami, Aslam.
Ketika ditemui OhBulan!, Umisya berkata dia kini memilih untuk fokus kepada masa depan dan tidak lagi mahu mengungkit perkara lama yang pernah berlaku dalam rumah tangganya.
Saya sebenarnya dah okay dengan semua perkara dan dah pun berdamai dengan takdir sebab benda pun dah lama. Saya juga dah melalui kehidupan berpoligami ini di mana adanya giliran, tanggungjawab dan bahagian masing-masing.
Ibu kepada tiga cahaya mata itu turut meluahkan rasa syukur dan ketenangan dengan setiap ujian yang dilaluinya.
Menurut Umisya, bukan hanya dirinya tetapi Aslam dan isteri keduanya, Marissa Dania Hakim, juga mahu berubah dan meninggalkan kisah lalu.
Begitu juga Aslam dengan isteri dia (Marissa), memang nak berubah dan tinggalkan perkara lepas.
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan madu yang juga anak kepada pelakon Abby Abadi, Umisya menjelaskan hubungan mereka berada dalam keadaan baik dan tidak menolak kemungkinan untuk berjumpa.
Mungkin boleh dipertimbangkan dan tak ada masalah pun dari pihak saya (untuk berjumpa). Kita tengoklah seperti mana yang Allah aturkan nanti.
Terdahulu, Umisya pernah menarik perhatian apabila meluahkan rasa kecewa terhadap dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mengawal kehidupan suami serta mencampuri urusan rumah tangga Aslam bersama Marissa.
Untuk rekod, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh iddah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Hud (4), Nuh (3) dan Haya (9 bulan).
Sementara itu, Aslam turut berkahwin dengan Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand, pada Disember 2023.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
