“Saya Bersedia Lafazkan Talak Tapi Ada Beberapa Syarat…” – Suami Zahnita Wilson

Trending

“Saya Bersedia Lafazkan Talak Tapi Ada Beberapa Syarat…” – Suami Zahnita Wilson

Suami kepada pelakon dan model, Zahnita Wilson iaitu Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor memaklumkan dia bersedia untuk menceraikan isterinya selepas isterinya memfailkan cerai pada 3 Disember yang lalu.

Walau bagaimanapun, dia meletakkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh model tersebut sebelum melafazkan talak.

Advertisement

zahnita dan suami

Antaranya termasuklah hak penjagaan dan kebajikan empat orang anak mereka.

Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.

 

Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafazkan talak kami dan kami boleh bercerai secara baik.

 

Saya dah taknak bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama jaga anak-anak, itu sahaja.

keluarga zahnita

Menurut Mstar, mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) ekoran kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat.

Selepas apa yang saya lalui beberapa bulan ni, agak berat untuk saya lupakan atau maafkan dia tapi saya mungkin akan maafkan demi anak-anak kami.

Abdul Zackery menafikan kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya seperti yang pernah didakwa Zahnita sebelum ini.

Namun, dia mendakwa Zahnita pernah menduakannya sekitar 10 tahun yang lalu malah pernah melarikan diri bersama lelaki tersebut selama enam bulan.

Pada 2015 dan 2016 isteri saya yang ada orang ketiga, kami pernah lalui proses cerai dan waktu tu dia lari dari rumah dengan seseorang selama enam bulan.

 

Anak perempuan saya sendiri yang beritahu ibunya keluar dengan lelaki. Bila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami.

BACA: “Isu Ni Pernah Jadi Pertikaian Sebab Yang Mengganas Tu Dia” – Suami Zahnita Wilson

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...