Pelakon Ummi Nazeera mengakui bahawa dia pernah mengalami tekanan perasaan yang teruk apabila berat badannya naik dengan mendadak sewaktu hamil anak kedua.
Ummi atau nama lengkapnya Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainal Abidin berkata perubahan bentuk badannya secara mendadak itu menyebabkan dia berasa sangat tertekan sehingga mengalami kemurungan.
Pelakon Bisiki Pada Langit itu berkata sebelum mengandung berat badannya sekitar 54 kilogram (kg) sahaja. Tetapi ketika hamil, berat badan naik sehingga 78kg. Keadaan itu menyebabkan Ummi menjadi murung dan sedih.
Saya banyak menangis seorang diri dan tertanya-tanya punca badan saya mengalami perubahan begitu mendadak sehingga doktor tegur kerana berat badan saya naik secara berlebihan.
Ummi, 31, memaklumkan punca lain yang menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan mungkin disebabkan dia mengalami pendarahan serius ketika di awal kehamilan.
Pada awal kehamilan iaitu sekitar Januari lalu, Ummi mengalami pendarahan yang menyebabkan dia tidak dapat banyak bergerak dan perlu berbaring di atas katil selama beberapa bulan sehingga kandungannya betul-betul kuat.
Suami pula ketika itu terlalu sibuk kerana bertugas sebagai petugas barisan hadapan (doktor). Keluar awal, balik lewat, jadi saya tidak ada sokongan moral ketika itu menjadikan saya berasa lebih tertekan.
Bagaimanapun, Ummi berkata dia tidak pernah terfikir untuk menyalahkan suaminya kerana faham tugasnya sebagai seorang doktor lebih-lebih lagi dalam situasi menangani penularan wabak Covid-19.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
November 2, 2021 at 4:34 pm
money isn’t everything buttt….everything needs money so go figure
tecit
November 2, 2021 at 9:38 am
aku pon stress bile ayda jebat ckp berat die naik 8kilo je mase ngndung. siap boleh menari kpop. lain org lain rezekinye. aku sblm ngndung berat range 45 gitu. total naik dlm belas2 kilo. pon rase down. inikan plak ummi 24kg terus. nk eksesais xboleh sbb kene bedridden je. banyak pengorbanan ibu2 ni. semoga ank2 jd ank2 yg soleh solehah la.
anonymous
November 1, 2021 at 4:17 pm
kaya raya pun nak murung apo lainlah klalau miskin papa tak ada kerja,makan,rumah jangan mengada lah pasal isu bodoh nak murung bershukor lah kau ada makan tmpat berlindung bershukouuurrrrr
shuuuwwa
November 2, 2021 at 12:52 pm
xsemua org kaya itu idop bahagia. banyak duit xsmestinye semuanya baik2 je…