February 20th, 2018

Entah kenapa apa sahaja benda yang melibatkan Datuk Seri Aliff Syukri pasti akan menjadi percakapan orang. Bermula daripada isu beliau dikritik tidak sesuai membawakan watak Badang, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan produk D’Herbs keluarannya menggunakan “pelaris”.

Menerusi akaun Instagramnya, Aliff ada memuat naik foto mesej yang diterima dan lebih buruk lagi  dakwaan tersebut dibuat oleh seorang Ustaz yang juga seorang pengamal perubatan.

Aliff akui beliau merasa kesal dengan tuduhan itu kerana beliau berniaga secara jujur. Malah, semua produknya mendapat kelulusan KKM serta selamat untuk digunakan.

Walaubagaimanapun, Aliff tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung isu tersebut dan menegaskan beliau masih mempunyai pendirian agama dan tidak akan melakukan perkara syirik.

Sumber Berita : Sinar Harian


25 responses to “Saya Berniaga Jujur Tak Syirik – Aliff Syukri Nafi Dakwaan Netizen Produknya Pakai Pelaris”

  1. cikpah says:

    Ustaz menfitnah orang? Tentu tentu ustaz celup. Pengamal perubatan Islam yang ori takkan tuduh atau fitnah orang sebab mereka tahu hukum.

  2. kelaka doh!! says:

    hahaha..kwn aku ader produk kecantikan.. aku kenal sgt2 kwn akuni, susah payah dia nk naikan bisnes..now brg dia mmg laris giler.. adakah dia pun pakai pelaris…jwpn nyer YA & pelaris nyer adalah iklan n promotion.. naper la bongok sgt..bongok tu disimpan sikit, jgn diabis2 kan..aduyaii.. ustaz ko ni high taste yerk..taste pakai brg oversea..ntah btul ntah idok nih.. kalo ustaz tu kater pakai la barangan yg alami yg mesra alam..aku pecaya gak lah.. kelakar doh!!! pastu senang2 jerk claim org pakai pelaris.. aku pun kurg suka kat dato alif ni..tp xderlah sengal

  3. Anonymous says:

    Fans comment pun jujur jugak Dato….

Loading...