“Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada” – Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

Hiburan

“Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada” – Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

Mengakui tiada niat menunjuk-nunjuk walaupun punyai bentuk badan yang sasa, pelakon Ikmal Amry mendedahkan perkara itu dilakukannya bertujuan untuk memberi inspirasi kepada para peminat.

"Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada" - Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

Advertisement

Malah, Ikmal juga tidak menafikan, mempunyai bentuk badan yang cantik juga merupakan aset baginya sebagai seorang selebriti.

“Saya tunjuk badan di Instagram bukan nak show off atau nak orang suka tapi sebab saya ada. Itu kelebihan saya. Jujur saya katakan saya berlakon tak hebat, saya ambil itu sebagai kelebihan yang ada untuk tunjukkanlah.”

Katanya, beliau merupakan seorang yang bertuduh kurus. Malah akui langsung tidak yakin untuk menayang bentuk badannya kepada umum.

"Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada" - Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

“Asalnya saya kurus kering dan tak yakin pun untuk keluar rumah apatah lagi tunjuk badan. Bila sudah ada badan yang lawa, kenapa tidak tunjukkan sebagai kenangan atau inspirasi kepada orang luar. Orang akan bertanyakan tips dan secara tidak langsung dapat menarik peminat.”

Kata Ikmal, beliau tidak ketinggalan menjadikan Instagramnya sebagai medium untuk berkongsi pendapat mengenai diet dan rutin kecergasan hariannya bersama peminat.

"Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada" - Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

Sementara itu, tunangnya, Najla Samshul akui memahami situasi tersebut dan menganggap tindakan Ikmal menayang tubuh adalah sebahagian daripada tuntutan kerja.

"Saya Berlakon Tak Hebat, Jadi Tunjuklah Apa Ada" - Ikmal Amry Akui Tayang Badan Untuk Kenang-Kenangan

“Saya faham tapi pada masa sama ada juga rasa kurang senang. Saya ada juga menasihatinya tapi saya faham itu kerja dan self reward-nya.”

Terdahulu, peserta Hero Remaja 2017 yang kini berusia 26 tahun itu telah sah menjadi tunangan orang selepas melangsungkan majlis berkenaan di kediaman Najla di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Mei lalu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...