Sebelum ini, personaliti media sosial dikenali ramai iaitu Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud telah memfailkan saman fitnah terhadap bekas pekerja Jofliam iaitu Dewi susulan tiada permohonan maaf daripada pihak wanita itu.
Dewi tidak akan berdiam diri
Tidak mendiamkan diri, Dewi tampil membuat satu hantaran di Instagramnya seolah-olah mahu menyatakan dia tidak akan berdiam diri dan akan terus berlawan hingga kes perbicaraan ini tamat.
Malah, Dewi turut menyatakan dia sama sekali tidak berkata bohong sewaktu ditemubual di dalam sebuah podcast sebelum ini apabila diminta untuk perjelaskan isu hangat yang berlaku antara mereka bertiga.
Semua yang dikatakan adalah benar
Saya ingin tegaskan, apa yang saya katakan di dalam podcast kelmarin benar belaka. Saya berdoa kebenaran akan terungkai.
Dalam pada masa yang sama, wanita itu turut berharap kes ini tidak terhenti separuh jalan, memandangkan dia akan mempertahankan diri habis-habisan kerana tahu tidak bersalah.