Sedia maklum, sejak kebelakangan ini isu pihak menolak dari menerima vaksin sering kali menjadi perbualan hangat di media sosial dan setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza mengenai hal ini.
Tidak terkecuali, seorang selebriti iaitu Oktovia Menrose turut menarik perhatian ramai apabila dia memberi pandangannya terhadap isu ini dengan berkata setiap individu mempunyai hak tersendiri untuk membuat keputusan dan menentukan apa yang terbaik untuk diri mereka.
Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman berkata jangan disebabkan vaksin ataupun tidak vaksin, masyarakat berpecah belah dan meminta semua orang hormat antara satu sama lain.
Pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu meninggalkan komen tentang pandangannya itu di ruangan komen hantaran mStar di Instagram, semalam mengenai isu wanita anti-vaksin.
View this post on Instagram
Vaksin tak wajib dan vaksin bukan penentu kita sihat. Allah bagi sihat. Allah bagi selamat dan yakinlah pada Allah.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Aprena Menrose itu menegaskan, komen yang ditulis olehnya itu bukan bermaksud dia menyokong kumpulan anti-vaksin, namun hanya mahu masyarakat lebih terbuka untuk terima pendapat orang lain.
Saya bukan nak gaduh.. Just to let you guys know saya berjangkit daripada orang yang divaksin ya.
Katanya lagi ketika menjawab soalan dari pengikut mStar di ruangan komen tersebut, dia telah dijangkiti COVID-19 dari orang yang sudah vaksin dan sudah sepuluh hari dikuarantinkan, jadi kerana itu beliau tidak mahu masyarakat berpecah-belah disebabkan isu ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.