Vokalis kumpulan nasyid In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid menceritakan tentang detik pertemuan terakhirnya dengan arwah Suhaimi Saad di rumah bapa mentuanya di Felcra Sungai Ara, Khamis lalu.
Kata Syahril, dia dan dua rakan lain hanya sempat berjumpa dengan arwah dalam tempoh 10 minit sahaja namun wajah Suhaimi dilihat gembira.
Saya beritahu dia, saya sedih lihat keadaan dia. Dia cakap, jangan nangis. Dia gembira kami datang, dia minta maaf dengan kami zahir dan batin.
Ujarnya lagi, meskipun pertemuan mereka singkat namun Suhaimi nampak gembira walaupun penat kerana baru sampai dari Kota Bharu, Kelantan.
Tambahnya, mereka sudah lama berkawan dan Suhaimi juga pernah melawatnya ketika sakit di hospital pada tahun 2014 dahulu.
Meskipun berbeza pendirian, Syahril menyifatkan arwah rakan yang melengkapkan persahabatan dan mereka masih berhubung meskipun selepas Suhaimi bergerak solo.
Suhaimi melengkapkan persahabatan kami, arwah amat menitikbertkan bab pakaian, persembahan dan vokal. Arwah seorang yang teliti, kehilangan yang dirasai.