“Saya Berhijab & Nyanyi Di Kelab Yang Saji Alkohol” – Tak Kena ‘Judge’, Aina Abdul Sebak Cerita Kisah Lama

Hiburan

“Saya Berhijab & Nyanyi Di Kelab Yang Saji Alkohol” – Tak Kena ‘Judge’, Aina Abdul Sebak Cerita Kisah Lama

Penyanyi popular, Aina Abdul tidak dapat menahan sebak selepas bercerita mengenai kisahnya yang pernah bekerja di kelab malam selama empat tahun.

Menurut Aina, dia nekad untuk meninggalkan tempat ‘jijik’ itu selepas terkesan dengan kata-kata seorang individu yang menegur dirinya.

Advertisement

Kalau tanya saya jujur, adakah menyanyi di kelab seronok? Saya akan kata itu adalah momen terbahagia dalam hidup. Sebab dalam kelab tiada seorang pun yang menilai saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Dalam pada masa yang sama, pelantun lagu Sumpah itu berkata dia tidak akan lupa kenangan apabila bekerja di kelab malam serta orang-orang yang menghargai bakatnya ketika itu.

 Saya berhijab dan menyanyi di dalam kelab yang menyajikan minuman alkohol.

Tambahannya lagi, dia suka bekerja di situ kerana rasa dihargai dan tidak dinilai sama sekali.

Sekadar info, Aina Abdul berjaya memasuki Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) dengan lagu Jangan Mati Rasa Itu.

Noor Nabila rosix
1 year ago

(VIDEO) "Awal Tak Kalut" - Noor Nabila Dah Tempah Aina Abdul Jadi Penyanyi Di 'Wedding' Hujung Tahun Hadapan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Youtube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...