Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Berhijab Atas Pilihan Sendiri – Yuna

Bukan mudah untuk seorang wanita Muslim berhijab “survive” dalam industri hiburan di Amerika Syarikat.

Mereka agak terbuka dengan perkara seksi dan berbangga untuk menayang “aset” mereka dan mempercayai ia antara tarikan utama untuk kekal relevan dalam industri hiburan selain bakat yang mereka ada.

Advertisement

Malah, ketika Yuna pertama kali menjejakkan kaki di Amerika Syarikat ada pihak yang mencadangkan beliau untuk membuka hijab.

Namun, Yuna sama sekali tidak melakukan begitu kerana beliau berbangga dengan cara penampilan beliau kerana  Yuna berhijab atas pilihan sendiri.

Saya pernah bergelut dengan konsep artis wanita yang perlu tampil cantik dan seksi. Malah apabila tiba di AS, saya dicadangkan agar membuka hijab kerana saya bukan lagi di Malaysia. Kata mereka, pakailah pakaian yang seksi dan berbanggalah dengan bentuk badan sendiri.

Advertisement

Tetapi saya memang bangga dengan apa yang saya kenakan. Saya berhijab bukan kerana ditekan sesiapa, ia pilihan sendiri dan saya tetap rasa bebas.

Kalau ada pendirian yang tegas, tentu tiada siapa yang boleh mengubahnya. Berhijab tidak bermakna anda tidak boleh bebas melakukan perkara yang anda minat.  Tidak semua perkara kita harus ikut cakap orang agar terasa diri diterima oleh mereka.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top