“Saya Berhibur & Nyanyi Bersama Suami Saja” – Prof Muhaya Bantah Lambakan Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia

Hiburan

“Saya Berhibur & Nyanyi Bersama Suami Saja” – Prof Muhaya Bantah Lambakan Konsert Artis Antarabangsa Di Malaysia

Pakar motivasi terkenal, Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad yang ditemui Kosmo tampil memberi sedikit komen mengenai lambakan konsert-konsert artis dari luar negara yang datang ke Malaysia.

Kata Muhaya, dia tidak bersetuju terhadap apa jua acara yang tidak mendapat keredaan Allah S.W.T.

Advertisement

Ujarnya, salah satu tanda Allah S.W.T sayangkan seseorang apabila hambanya tidak menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia.

Sebelum buat sesuatu perkara, kita harus fikir lima pilihan iaitu iman atau nafsu, syurga atau neraka, taat atau maksiat, dosa atau pahala dan Allah reda atau Allah murka.

Tambah Muhaya, dia juga suka berhibur namun lebih memilih untuk melakukannya di rumah bersama suami.

Saya pun suka berhibur, tetapi saya berhibur dengan suami. Saya menyanyi di rumah sahaja.

Prof Muhaya bercakap demikian bagi memberi respon mengenai isu kebanjiran konsert artis antarabangsa di negara sehingga dianggap sebagai penyebab kepada menularnya budaya hedonisme dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Emelda rosmila
2 years ago

“Padam Je la Komen” - Gara-Gara Tulis Ayat B*doh, Imelda Rosmila Dikecam Staff Bank Di Instagram?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...