Pelakon dan penyanyi, Dafi hanya mampu menitipkan doa agar segala urusan bekas abang iparnya, Datuk Jovian Mandagie yang dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjalan lancar.
Saya harap apa sahaja proses yang dia lalui akan dipermudahkan.
Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 37, berkata dia bukan orang yang layak memberi komen memandangkan dirinya tidak arif dalam dunia politik.
Saya tak boleh nak komen sebab tidak berapa pasti apa situasi dia dan saya pun jarang berhubung dengan dia.Lagipun saya tak berapa tahu fasal perkara itu.
Saya sebenarnya mengambil pendekatan tidak terlibat atau ambil tahu perkara melibatkan hal politik kerana bukan dunia saya. Jadi, tak sesuai untuk saya berkata apa-apa.
Sebagai individu yang pernah rapat, Dafi berharap agar Jovian memberikan kerjasama dalam siasatan kes yang dikaitkan dengan bapanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Saya berharap begitu (bagi kerjasama). Saya tak boleh bercakap bagi pihak dia, kena tanya dia.
Mengulas hubungan terkini, Dafi mengakui hanya berkomunikasi sesekali, khususnya berkaitan anak saudara mereka, Jeanelle Nika Mandagie.
Tidak ingat tetapi tidak lama sangat sebab anak buah ada. Dengan saya pun ada bertanya khabar.
Alhamdulillah, semua tenang dan baik.
Terdahulu, SPRM dilaporkan akan mengambil keterangan Jovian yang kini menetap di Jakarta, Indonesia. Beliau dinamakan sebagai saksi oleh Ismail Sabri ketika proses pengesahan aset yang sedang dianalisis oleh SPRM, termasuk harta yang dimiliki sewaktu berada dalam dan luar pentadbiran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.