Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Saya Berharap Dapat Bertemu Anak Sekali Seminggu” – Fizo Omar Tak Mahu Tuntut Hak Penjagaan Kekal

anak fizo omar

Pasangan mana sahaja yang berkahwin dan mengharapkan perpisahan pada akhirnya?

Menganggap jodoh tidak panjang, pelakon Fizo Omar dan usahawan Mawar Karim masih meneruskan hubungan yang baik demi anak tunggal mereka iaitu Wan Maryam.

Advertisement

Daripada bersengketa, mereka berdua menumpukan seluruh perhatian untuk membesarkan Maryam yang kini sudah pun mencecah usia 2 tahun.

anak fizo omar

Bahkan lelaki itu tidak kisah anaknya terus berada di bawah jagaan Mawar dan keluarganya.

“Saya tidak risau Maryam di bawah jagaan Mawar. Saya juga tahu keluarga Mawar menjaga Maryam dengan baik dan menyayanginya sepenuh hati.”

Menurut Fizo lagi, meskipun keputusan hak penjagaan anak masih belum diputuskan tetapi dia tidak akan merebut hak penjagaan kekal kerana sedar seorang anak lebih baik berada di bawah jagaan ibu.

Advertisement

Mengikut penjadualan yang dipersetujui oleh kedua pihak, pelakon lelaki itu dibenarkan menjaga Maryam pada minggu kedua dan keempat setiap bulan.

anak fizo omar

Pun begitu, Fizo meluahkan hasrat agar Mawar memberikan pelepasan supaya dia dapat bersua muka dengan Maryam pada setiap minggu.

“Sekarang ini, apa yang dilakukan atas budi bicara. Saya dapat menjaga Maryam pada minggu kedua dan keempat, tetapi jauh di sudut hati, saya berharap Mawar dapat memberi pelepasan untuk saya bertemu Maryam sekali seminggu.”

Seronok melihat Fizo dan Mawar mengekalkan hubungan yang baik demi kepentingan anak mereka.

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Cikyom

    June 29, 2020 at 11:35 am

    Kenot la fizo. Mawar pun keje senin-jumaat. Nnti cik yam skola senin – jumaat. Bila masa mawar nk spend time jjcm dgn cik yam pulak . 2 minggu sekali tu kira standard la kalo masuk mahkamah, tu gak yg ko dpt.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top