Ahli politik, Shahrul Nasrun, tampil menjelaskan bahawa bakal isterinya tidak ada kena-mengena dengan perkahwinan terdahulunya, sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang cuba mengaitkan hubungan baharunya dengan kontroversi lama.
Menerusi hantaran di Instagram, Shahrul menulis luahan panjang dengan menegaskan bahawa dia dan bakal isterinya hanya mula berkenalan pada April 2025 dan hubungan mereka menjadi serius pada akhir Mei 2025, selepas perkahwinan lamanya berakhir.
Saya ingin menjelaskan bahawa bakal isteri saya tidak ada kena-mengena dengan perkahwinan terdahulu saya. Kami mula berkenalan pada bulan April 2025, dan hubungan kami hanya menjadi serius pada akhir bulan Mei 2025.
Shahrul turut mempertahankan bakal isterinya yang kini bekerja sebagai ambassador bagi sebuah jenama tempatan, selepas timbul seruan untuk memboikot jenama tersebut di media sosial.
Dalam hantaran sama, Shahrul turut memohon agar orang ramai berhenti melabel bakal isterinya dengan gelaran negatif seperti “penyondol”, dan menyeru masyarakat agar lebih matang serta berempati.
Berhentilah daripada menuduh atau memanggil beliau dengan gelaran seperti ‘penyondol’ atau apa-apa istilah negatif lain. Setiap manusia berhak mencari kebahagiaan sendiri. Kami tidak perlukan pengesahan atau restu daripada netizen untuk terus hidup bahagia.”
Menutup kenyataannya, Shahrul menitip pesanan agar orang ramai tidak terus menanam kebencian sesama manusia.
Kalau tak boleh tengok orang lain bahagia, janganlah jadi netizen keyboard warrior. Hidup ini singkat, lebih baik kita doakan sesama manusia, bukan menanam kebencian.
Terdahulu, nama Shahrul Nasrun menjadi bualan selepas bekas isterinya, Amyera, mendakwa lelaki itu melanggan pelacur ketika masih bergelar suami, selain mendedahkan perangai sebenar Shahrul di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
