Ibu kepada Allahyarham Zulfarhan, Hawa Osman menerusi satu temu bual baru-baru ini meluahkan rasa kesal terhadap seorang bomoh yang terlibat dalam kes pembunuhan anaknya itu.
Ujar Hawa, dia sememangnya berasa geram dengan bomoh berkenaan dan berharap individu itu menerima balasan seperti mana kesakitan yang menimpa anak lelakinya itu.
Saya memang geram dengan bomoh tu. Saya berdoa agar bomoh tu terima balasan, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Jadi biar merasa bagaimana anak saya rasa.
Tambahnya lagi, dia berharap bomoh itu menyesali perbuatannya dan tampil memohon maaf atas kesilapan yang telah mengorbankan nyawa Zulfarhan.
Saya harap bomoh itu bertaubat, kalau boleh dia datang berjumpa dengan kami semua dan buat permohonan maaf pada seluruh rakyat Malaysia.
Sekadar info, Allahyarham Zulfarhan telah dituduh mencuri sebuah komputer riba dan namanya disebut sebagai orang yang mencuri oleh bomoh tersebut. Berikutan itu, arwah telah dibuli sehingga meninggal dunia.
Terdahulu, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap 6 bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana menyebabkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman, 7 tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.