“Saya Berani Sumpah Junjung Al-Quran” – Iqbal Tepis Dakwaan ‘Dibela’ & Ditanggung Seseorang

Hiburan

“Saya Berani Sumpah Junjung Al-Quran” – Iqbal Tepis Dakwaan ‘Dibela’ & Ditanggung Seseorang

Usahawan, Iqbal Zulkefli telah tampil memberi penjelasan berhubung isu pembelajarannya suatu ketika dahulu. Menerusi Instagram, dia yang kini sudah bergelar penyanyi bersumpah bahawa pembelajarannya dulu ditanggung oleh ibunya sendiri, bukan orang luar seperti yang didakwa.

Saya berani bersumpah junjung Al-Quran, bahawa pembelajaran saya ditanggung oleh ibu saya bukan orang luar.”

Katanya, kos tersebut dibayar ibunya yang penat lelah bekerja setiap hari dan bukanlah daripada individu yang mengaku menjadikannya orang ‘belaan’.

Sebelum itu, Iqbal juga ada berkongsi informasi tentang penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) iaitu sifat seseorang yang terlebih mengagungkan diri sendiri, terlalu mendambakan pujian dan suka menyalahkan orang lain.

Menurut Gempak, posting tersebut dipercayai ditujukan kepada individu yang mengaku ‘membela’ Iqbal dahulu.

Orang yang mengalami masalah mental ini akan membuatkan mangsa sengsara jika tidak dapat apa yang diinginkan.”

Advertisement

Dia turut mendoakan agar dirinya dan orang ramai dijauhkan daripada orang yang mempunyai penyakit NPD itu.

Terdahulu, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida atau DSV mengakui pernah menanggung Iqbal selama dua tahun. Perkara itu disuarakan ketika satu sesi live di Instagram miliknya.

2 years ago

"Apa Masalah Nak Menganjing?" - Bengang Baca Komen, DSV Suruh Iqbal Sedar Diri & Jangan Berlagak Pandai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...