November 6th, 2012

Nampaknya episod persengketaan antara Sharnaaz Ahmad dan penerbit filem S. Baldev tidak akan menemui penghujungnya dalam masa terdekat ini. S. Baldev sebelum ini meminta Sharnaaz membuat permohonan maaf secara terbuka kerana meninggalkan lokasi penggambaran filem Darah Panas pada 5 Oktober lalu.

sharnaaz

Bukan kerana keras kepala, Sharnaaz hari ini menerusi Berita Harian memberitahu yang dia enggan menurut kehendak S. Baldev. Menurut Sharnaaz, dia sudah pun memohon maaf kepada semua kru produksi ketika penggambaran filem berkenaan. Bagi Sharnaaz, itu sahaja sudah mencukupi.

Apa jaminan yang boleh diberi sekiranya saya membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dikehendaki. Saya berusaha merendahkan diri dengan meminta maaf kepadanya di hadapan seluruh produksi filem itu. Tak cukupkah apa yang sudah saya lakukan. Apa lagi yang dia mahukan?

sharnaaz

Yang penting, Sharnaaz berasa dirinya berada di pihak yang benar. Malah Sharnaaz enggan bersemuka dengan S. Baldev untuk menyelesaikan kemelut ini. Keyakinan Sharnaaz jelas terserlah apabila menyatakan dirinya sanggup disaman.

Bagi saya, berani kerana benar. Jika benar dia hendak saman saya, saya tidak boleh buat apa-apa. Bukanlah nak kata saya banyak duit dan mahu saman dia balik. Cuma bagi saya, dia perlu bercakap benar. Kalau tak percaya bolehlah rujuk perkara ini kepada mana-mana pihak yang pernah berkerja dengannya. Saya enggan ulas apa-apa lagi kerana tidak mahu kenyataan saya disalah erti. Jika dia rasa dia betul dan mahu membawa perkara ini ke mahkamah, terpulanglah kepadanya.

Abang Nara lihat Sharnaaz ini seorang yang berprinsip dan berpegang kepada pepatah “berani kerana benar, takut kerana salah“. Kalau betul kita tak buat salah, nak takut apa kan? Teruskan perjuangan anda Sharnaaz. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak lain.

P.S: Kura-kura terkecil di dunia ini.


47 responses to “Saya Berani Kerana Benar – Sharnaaz Ahmad”

  1. Nek Wan says:

    kalau masa bekawan bercinta pun dah lalui fasa pukul memukul, atau rentap tangan atau dia angin seluruh badan…lupakan lah nak kahwin. Orang camna ni dia tak kan boleh control baran dia sure kena penampar nya…stresss baik membujang sampai tua.

  2. tukang karut says:

    andy lala : kau pukul org ke hari tu?

    Sharnaaz : ye pakcik..sbb die dtg lambat kat set..

    andy lala : nnt kau nk pukul anak aku jugak ke?

    Sharnaaz : tak pakcik..saye syg kat die..tp klau die lmbat saye pukul gak..

    andy lala : reject…

  3. sheeram says:

    mmg la berani mana tidak nya kawan dengan gangster 77 la 36 la pekida la, tu pasal ada berani dia langsi. setakat panas baran lepak club bajet macho tonggang buat apa…

Loading...