Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Saya Berani Junjung Al-Quran Dan Bersumpah Kenyataan Adda Tidak Benar -Mamat Sepah

Kalau dah sampai berani bersumpah dan menjunjung Al Quran, kemungkinan besar tuduhan yang dilemparkan oleh Adda kepada Mamat Sepah semalam adalah tidak benar. Tapi zaman sekarang nie semua benda manusia boleh buat untuk membenarkan apa yang salah. Tak gitu?

mamat sepah

Semasa diminta mengulas tentang tuduhan Adda oleh Mstar, Mamat Sepah berkata:-

Advertisement

Saya mengaku meninggalkan dia dalam keadaan yang dia sangat sayangkan saya dan begitu juga saya terhadapnya. Namun ada perkara lain yang saya tidak boleh terima dalam hubungan itu sehingga membuatkan saya mengambil keputusan memutuskan hubungan. Biarlah saya dan dia sahaja yang mengetahui perkara tersebut kerana jika saya buka mulut ia tidak beri faedah kepada sesiapa pun, malah memburukkan lagi keadaan

Malah Mamat sempat menasihatkan Adda tidak lagi membesarkan perkara yang telah berlalu. Dalam erti kata lain, jangan menjadi loser.

Saya tahu kekecohan ini terjadi disebabkan tindakannya yang mahu memperbesarkan perkara itu. Dia pernah beritahu saya tentang hajat berkenaan tetapi saya sudah mengingatkannya supaya tidak meludah ke langit, takut terkena muka sendiri.Tentang cincin yang saya telah berikan, memang saya minta semula daripadanya kerana itu adalah tanda ikatan sebuah hubungan, namun saya terus buang kerana tidak sanggup mengenangnya lagi.

mamat sepah
Berkenaan tuduhan dia menjadi punca perpecahan kumpulan Sepah, Mamat berkata keputusan tersebut bukan diambil oleh dirinya sendiri tetapi diambil selepas berbincang bersama Jepp dan Shuib.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top