Baru-baru ini, di laman Twitter (X), seorang aktivis serta merupakan seorang peguam iaitu Asiah Abdul Jalil tampil memberi pandangannya mengenai isu ‘panas’ yang sedang berlaku dalam keluarga penyanyi popular, Shila Amzah.
Difahamkan dalam hantaran Asiah, dia akui berasa terkejut dengan luahan perasaan ibu Shila, Datin Fauziah mengenai anak perempuannya itu di laman Instagram.
Kata peguam itu, dia amat benci jika ibu bapa selalu menggunakan kuasa ‘veto’ sebagai orang tua yang merasakan diri sentiasa betul dan menyalahkan anak-anak dari pelbagai aspek.
“Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia. Ibu dan ayahlah yang memilih untuk melahirkan mereka. Jadi jangan nak ungkit penat lelah mengandung dan sakit payah melahirkan. You sign up for that.”
First time share post Asiah Jalil. Banyak point yang boleh ambil iktibar. pic.twitter.com/BsyMbbmUyP
— sayang (@AidaSue) October 13, 2023
Dalam pada masa yang sama, Asiah mengingatkan golongan ibu bapa untuk sentiasa berusaha menjalankan tanggungjawab kepada anak-anak tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Anak-anak tak minta dilahirkan ke dunia, ibu dan ayah memilih untuk lahirkan mereka. Anak-anak tak boleh siapa ibu bapa mereka. Jadi jangan expect anak-anak kita mesti perfect serba-serbi.
Sebelum ini, Datin Fauziah memuat naik satu hantaran di status Instagram berkata dirinya sudah hilang kata-kata melihat perbalahan yang berlaku di antara anak-anaknya dan akui sudah tidak mengenali Shila Amzah yang bertindak untuk buka pekung keluarga sendiri.