Kebiasaannya, masyarakat kita akan menyangka kehidupan berpoligami itu sesuatu yang menyakitkan. Lebih banyak pahit daripada manisnya. Namun, melihat kehidupan pelakon Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya, mereka tampak cukup bahagia sekali.
Walaubagaimanapun, Ashraf merasakan dirinya belum lagi layak untuk dianggap sebagai ikon poligami.
Apabila sudah ada tanggungjawab yang besar ni, kita sendiri pun kenalah disiplinkan diri. Kalau suami tak bijak dan tak sabar, susahlah untuk dapat kebahagian dalam rumah tangga. Bagi saya, sebagai suami kita kena bijak, pandai membahagikan masa antara kerja, dengan isteri juga masa dengan kawan-kawan.
Kalau ada orang anggap saya ini ikon, saya bukanlah yang terbaik. Saya pun menjadikan nabi Muhammad sebagai contoh. Baginda lah ikon dan paling terbaik untuk kita semua contohi.
Ashraf berkahwin dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Mekah. Selepas itu beliau mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand.
Hasil perkongsian hidup dengan kedua-dua orang isterinya, Ashraf dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Sarah Ashraf , Anas Ashraf, dan Adam Ashraf.