Walaubagaimanapun, Fattah hari ini menjelaskan tiada pertemuan rasmi dengan keluarga Fazura dan mereka tidak pernah berbincang untuk membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Buat masa ini, saya belum berjumpa keluarga Fazura untuk berbincang mengenai hubungan kami. Lagipun, saya bertemu keluarga Fazura bukan dalam satu majlis peribadi, sebaliknya kenduri doa selamat anjuran kami bersama beberapa individu lain. Saya mohon tiada pihak yang membesarkan isu ini.
Nampaknya peminat Fattzura pasti kecewa dengan kenyataan ini. Iyalah, mereka baru sahaja gembira dan teruja mendengar berita kedua-dua selebriti pujaan mereka ingin menjalinkan hubungan serius. Jangan sedih-sedih la ye..