Tindakan Nazim Othman yang memuat naik video kehamilan di akaun media sosialnya telah menimbulkan spekulasi bahawa isterinya Bella Dally sedang berbadan dua. Pasangan ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka mereka bakal menimang cahaya mata.
Walaubagaimanapun, Bella menerusi portal BH ONLINE menafikan beliau hamil. Namun, beliau meminta berkat doa orang ramai agar perkara itu menjadi kenyataan satu hari nanti.
Saya belum lagi hamil. Namun begitu, doakan semoga ia menjadi kenyataan, Insya-Allah.
Pada masa yang sama, Bella akui Nazim agak sibuk menghabiskan baki penggambaran drama Lara Aishah dan jarang meluangkan masa bersama sejak mendirikan rumah tangga pada 10 September lepas.
Selalunya, dia keluar bekerja pada awal pagi dan pulang pula lewat malam. Jadi memang sejak kebelakangan ini, kalau hendak meluangkan masa berkualiti bersama-sama seperti keluar berjalan mahupun makan berdua, ia agak terbatas.
Kalau dia diberikan cuti beberapa hari, saya pula secara kebetulan ada kerja yang perlu dilunaskan. Bagaimanapun, penggambaran Lara Aishah akan tamat tidak lama lagi. Jadi, mungkin kami mempunyai sedikit ruang untuk bersama.
Rezeki untuk hamil itu agak sukar untuk dijangka bukan? Nikmatilah dahulu kehidupan awal rumah tangga  bersama suami tercinta dan inshaAllah satu hari nanti akan tiba masanya untuk Bella Dally bergelar ibu.