Susulan perkara berkenaan, Suhaimi menerusi akaun Facebook miliknya telah tampil memberikan penjelasan panjang lebar mengapa beliau tidak menggunakan mesin basuh. Malah, Suhaimi juga menyangkal dakwaan beliau sengaja “mendera†Ina.
Dalam penjelasan Suhaimi, beliau lebih gemar untuk menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam yang mengambil masa agak singkat untuk mencuci dan mengeringkan baju.
Berikut kenyataan Suhaimi di Facebook :-
MESIN BASUH
(Baca tajuk tu betul betul,jangan komen pasal vaksin pulak). Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lepas.(itu pun nak screenshot dan buat isu ke)
Sebab apa? Sebab ‘mesin basuh saya’ ada di mana mana saja.24 jam lagi. Memanglah mesin basuh tu keperluan.tapi keperluan setiap orang tak sama.bukak minda tu.
Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin,tetap akan basuh guna berus.ok la,itu pilihan dia.tak payah nak kecoh kecoh.
Saya,ina dan anak anak guna banyak pakaian setiap hari.kerja dan kesibukan hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan pilih cara yang paling mudah dan sesuai dengan hidup kami.
Kalau saya guna mesin basuh biasa,berapa jam nak cuci,berapa jam pulak nak dry,berapa hari nak tunggu kering dan tahun bila pulak nak pakai baju pergi show dan ‘mintak sedekah’? Betul tak?
So,inilah rutin mingguan saya.jarang sangat saya suruh ina yang dobi baju.sebab saya pun sayang isteri saya macam orang lain.
In sya Allah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan. Tapi bukanlah bermaksud kami ni mengaku zuhud. Itu ayat orang orang yang tak bertanggungjawab,suka tengok orang berkelahi. So,kalau tak tau cerita..tanya.jangan pandai pandai reka cerita cerita baru sampai viral satu alam :)
Salam Mesin Basuh dari saya,
Suhaimi Saad
Ok lah, semakin hari pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh Suhaimi Saad tentang keluarganya dan cara hidup mereka. Biarlah mereka dengan cara mereka asalkan bahagia dan senang hati.