Masa berlalu agak pantas sekarang, rupa-rupanya pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah genap tiga tahun berkahwin dan telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka pada hari Sabtu lepas.
Apabila ditanya soal anak oleh media, Che Ta bagaimanapun belum bersedia untuk hamil lagi meskipun mengakui suaminya teringin untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata.
Rasa macam baharu semalam kami melangsungkan pernikahan. Alhamdulillah, saya mendoakan semoga kebahagiaan ini akan berpanjangan.
Jika diikutkan, selepas melahirkan Aaisyah, saya diminta hamil lagi. Zain hendak seorang lagi anak yang akan meneruskan legasi keluarga kami. Tapi, jujurnya, saya belum terfikir ke arah itu.
Kadang-kadang dalam tidak bersedia, siapa tahu Allah SWT akan kurniakan rezeki untuk menimang  cahaya mata lagi.
Apa-apa pun, kami harap rumah tangga Che Ta dan Zain Saidin akan kekal bahagia sehingga akhir hayat. Selamat ulangtahun perkahwinan yang ketiga buat mereka.