“Saya Beli Barang Dapur & Makanan Kucing” – Eiza Sedar Diri Menumpang Banglo Shila Amzah

Hiburan

“Saya Beli Barang Dapur & Makanan Kucing” – Eiza Sedar Diri Menumpang Banglo Shila Amzah

Wanita yang turut terpalit berkenaan kontroversi konflik kediaman milik Shila Amzah dan adik beradiknya, Eiza Idanie sebelum ini menafikan dia merupakan kekasih kepada adik Shila, Amir Syafiq.

Shila juga sebelum ini menggesa agar Eiza keluar daripada rumah miliknya dan wanita itu kemudian tampil menjelaskan perkara sebenar daripada pihaknya.

Advertisement

Ujar Eiza, dia telah dipelawa bapa Shila, Nd Lala setelah rumahnya di Hulu Langat rosak teruk dan barang perniagaan miliknya rosak teruk akibat banjir.

Eiza juga mendakwa dia tidak ‘duduk saja’ sebaliknya membayar harga barang kegunaan harian serta makanan-makanan kucing ketika tinggal di kediaman itu.

Sepanjang tinggal di rumah itu, saya sedar diri dan membantu menjaga rumah serta menyumbang perbelanjaan keluarga Shila seperti membeli barangan dapur, makanan kucing dan lain-lain.

Malah, ibu Shila, Fauziah Sarman sering memujuk Eiza untuk kembali ke rumah tersebut setelah dia keluar selama beberapa bulan sebelum ini.

Eiza

Ibu Shila selalu minta saya mendengar masalah berkaitan rumah tangganya, jadi atas rasa simpati saya kembali ke rumah itu. Di rumah itu pun saya duduk sebilik dengan ibu, Syada dan anak angkat Shila.

Saya juga nak jelaskan di sini, saya tidak sentiasa berada di rumah terbabit kerana kebanyakan urusan saya di luar kawan seperti China dan luar daerah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Saya Ni Taknak Famous Kan Orang Yang Tak Perlu..." - Eiza Terpaksa Tinggal Di Banglo Sebab Amir Syafiq Berhutang, Ini Respon Shila Amzah...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...