Anak kepada pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, iaitu Dwi Ariana, tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya telah membuli pempengaruh media sosial, Sharina Richie.
Menerusi hantaran di Threads, Ariana menjelaskan bahawa tindakannya hanyalah untuk mempertahankan maruah bapanya dan meminta kerjasama pihak terbabit menurunkan video yang memberi kesan negatif terhadap keluarga mereka.
Tangkapan skrin yang saya tunjukkan ini adalah mesej yang saya hantar minggu lepas dan itulah satu-satunya mesej saya kepadanya. Tiada ugutan, tiada pembulian.
Saya hanya cuba menerangkan secara baik tentang kesan yang telah dilakukan terhadap ayah saya, dan cuba mendapatkan simpati daripadanya untuk menurunkan video itu demi adik saya yang berusia 15 tahun.
Ariana turut menambah, beliau hanya memilih untuk memuat naik kenyataannya secara terbuka selepas mesej peribadinya tidak dibalas oleh pihak berkenaan.
Saya hanya memuat naik perkara ini secara terbuka selepas dia tidak membalas mesej saya.
Saya mungkin berusia 19 tahun tetapi sebagai seorang yang berpendidikan dan sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Psikologi, saya tahu batas dan saya tahu apa itu pembulian. Saya bukan pembuli.
Terdahulu, Aaron Aziz dan isterinya, Diyana Halik, mengesahkan telah menerima surat tuntutan (LOD) daripada pihak Sharina Richie, yang dilaporkan mahu menyaman Dwi Ariana sebanyak RM2 juta.
Insiden itu tercetus selepas pertikaian di media sosial berhubung video kenyataan Aaron Aziz tentang misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang dikatakan disalah tafsir, sebelum menyebabkan ketegangan antara kedua-dua pihak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.