Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz enggan membiarkan kontroversi yang berlaku dalam kehidupannya terus-menerus memberi tekanan dan melihat ujian yang dihadapinya itu dari sudut positif serta percaya tiada manusia yang sempurna.
Menurut Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Aziz berkata dia mempercayai sejahat manapun dirinya, apabila dia mahu belajar menjadi lebih baik, pasti masih ada individu-individu yang mengatanya.
Saya percaya sejahat manapun, apabila saya belajar menjadi baik, pasti ada yang masih mengata. Yang penting Allah tahu siapa kita.
Kata Aliff pada sesi sembang dalam Facebook dan Instagram Live menerusi platform Nurflix, baru-baru ini.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Sayang itu turut memberitahu kekhilafan yang dilakukan oleh dia bukan sahaja memakan dirinya malah keluarganya yang tidak berdosa turut tempias dengan kecaman netizen.
Sebelum ini, komen dilontarkan amat dahsyat hingga tutup ruangan komen sebab tidak tahan.
Justeru, suami kepada penyanyi Bella Astillah itu mengambil pendekatan lebih matang setiap kali berhadapan dengan sikap individu yang negatif dalam media sosial dan turut mendoakan mereka.
Semoga kehidupan Aliff sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
Anonymous
September 15, 2021 at 2:11 pm
yang kata alif bukan2 tu, jangan sombong sangat n jangan rasa diri terlalu bagus.. pengakhiran manusia ni kita x tahu, kalau dia dah taubat nasuha, dah mintak dengan Allah, kita jgn suka2 nak jatuh hukum dekat orang.. jangan ambil tugas Allah.. Dia lebih tahu hati dan niat hambaNya..
Ginawe
September 6, 2021 at 1:58 pm
sejak alif berubah ke arah kebaikan, alif mkin hensem.. p alif tlg eyh nasihatkn istri awak tu kurang2 kn terkinja2 dtiktok.. x manis dipandang.. bimbing lh dia ke arah kebaikan..