“Saya Bekerja Dengan Syarikat Tu..” – Gadis Kelab Dikecam Netizen, Lola Mengakui Isu Ikut Lelaki Balik Hanya Rekaan Semata

Kehidupan

“Saya Bekerja Dengan Syarikat Tu..” – Gadis Kelab Dikecam Netizen, Lola Mengakui Isu Ikut Lelaki Balik Hanya Rekaan Semata

Sering tular di media sosial video yang memaparkan gadis-gadis yang mengunjungi kelab malam ditemu bual oleh seorang lelaki yang bertanya berkenaan gaya hidup mereka. Seorang gadis bernama Lola pula tampil memberi penjelasan tentang videonya yang viral sebelum ini.

Bos di tempat kerja

Sebelum ini Lola menerima kecaman daripada para netizen kerana dirinya yang mengaku sudah 2 kali mengikuti lelaki baru kenal pulang ke rumah. Namun berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Lola menjelaskan video berkenaan hanyalah dilakukan untuk konten semata-mata.

Advertisement

Menurutnya, dia terpaksa menjawab soalan yang ditanyakan dengan jawapan yang boleh meraih views di media sosial kerana lelaki yang menemu bualnya merupakan bos di syarikat dia bekerja.

Saya sebenarnya bekerja dengan syarikat tersebut dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular it adalah founder atau bos syarikat itu. Dan saya bekeria dengan syarikat itu.

 

Kenapa saya bersetuju untuk buat konten tersebut kerana ia hanyalah berkontekskan marketing sahaja. Semua ini berlandaskan rekaan semata-mata, termasuk nama, umur dan lain-lain.

Kebenaran di sebalik konten

Pada masa yang sama, Lola juga telah menjelaskan perkara sebenar di sebalik apa yang dijawab dalam video berkenaan. Katanya, dia menafikan kenyataan bahawa dirinya pernah mengikuti lelaki pulang ke rumah. Menurut Lola, realitinya, dia tidak pernah mengikuti mana-mana lelaki sebaliknya hanya ‘lepak’ bersama.

Saya tak pernah balik dengan lelaki. Mana mengenali saya, tahu saya balik macam mana, keluar macam mana. Most of the time saya akan keluar dengan kawan-kawan perempuan saya,

 

Dan balik pun saya tak nafikan memang ada lelaki tetapi kami lepak sahaja dan balik ikut haluan masing-masing. Itu cara kami bersosial.

@urgurl101  #fypシ ♬ original sound –

Tambahan pula, individu ini turut mengakui meskipun begitu, dia sedar matlamat tidak menghalalkan cara mereka bersosial kerana masih salah di sisi agama dan boleh memberikan pandangan yang buruk.

Lola juga telah memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan memaafkan mereka yang telah mengecamnya di media sosial.

hajar mikhail
12 months ago

"Kami Bercium, Terangsang & Buat 'Benda' Tu" - Wanita Dakwa Jumpa Mikhail Isaaq Di Kelab Malam, Bawa Balik Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...