Semalam, seorang ikon permotoran dikatakan sudah ditahan oleh pihak polis kerana membuat ugutan kepada bekas kekasih untuk menyebar gambar lucah.
Identiti suspek tidak diberitahu oleh pihak polis, namun kebanyakkan netizen membuat andaian individu terbabit adalah Haqiem Stopa dan kerana itu ramai mendakwa mangsa adalah bekas tunangnya yang dikenali sebagai Sha Moy.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, wanita tersebut sekeras-kerasnya menafikan bahawa dia yang membuat laporan berkenaan, malah turut berpendapat bahawa ex lain yang diugut.
Dalam pada masa yang sama, bekas tunang ikon permotoran itu turut meminta orang ramai tidak membuat sebarang andaian berbaur fitnah terhadap dirinya.
Tambahannya lagi, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika dakwaan yang dibuat oleh netizen tidak benar mengenai dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.